Pengenalan

 

 
 

Alumni Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 2007. Persatuan bekas pelajar ini diilhamkan oleh Encik Abdul Halim bin Abd Rahman, Pengarah ILP Kepala Batas Pulau Pinang.

 

 
 

Setelah mendapat persetujuan serta sefahaman maka satu Jawatankuasa Ad-Hoc Penubuhan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang telah dibentuk di mana En. Abdul Halim bin Abd Rahman dilantik sebagai Penaung dan Pn. Maizun bt. Ahmad sebagai Penasihat.

 

 
 

Melalui beberapa mesyuarat yang telah dijalankan, Jawatankuasa ini telah dapat menghasilkan satu Draf Perlembagaan Persatuan dan Nama Persatuan telah dipersetujui sebagai ‘Persatuan Bekas Pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang (Ex-ILPKBPP)'.

 

 
  Tujuan utama penubuhan Alumni ILP Kepala Batas Pulau Pinang adalah sebagai keperluan untuk mewujudkan satu badan perhubungan bagi membolehkan bekas-bekas pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang bertemu semula seterusnya menggerakkan aktiviti untuk kepentingan bekas-bekas pelajar dan pelajar-pelajar ILP Kepala Batas Pulau Pinang sendiri. Untuk mengetahui aktiviti terkini mengenai Alumni ILPKBPP, sila layari laman web
http://x-ilpkbpp.fotopages.com/
 
 

Copyright © 2007 ILPKBPP. All Rights Reserved. Penafian : ILP Kepala Batas adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144