Objektif Penubuhan
Pelajar ILP Kepala Batas mula mengikuti ko-kurikulum askar wataniah pada sesi Januari 2005. Pada ketika itu seramai 34 orang menyertai askar wataniah. ILP Kepala Batas diletakkan di bawah pengurusan batalion 2, rejimen 509 di Pulau Pinang. Pelajar yang terlibat mengikuti kursus rekrut 240 jam bagi melayakkan mereka mendapat faedah-faedah yang tertentu dari kementerian pertahanan (contohnya elaun kehadiran dan pakaian).
Objektif utama ialah penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum ini ialah untuk :
Menjadikan pelajar ILP lebih berdisiplin dan menerapkan semangat kesukanan serta setia kawan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti aktiviti lasak dan mengenal kehidupan sebagai seorang anggota tentera.
Menjadikan pelajar lebih mantap dari segi fizikal dan emosi.
Menabur bakti serta bersiap sedia sepanjang masa sebagai rakyat malaysia sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini (sebagai barisan pelapis/bantuan)
Aktiviti mingguan:
Pelajar didedahkan dengan aktiviti kawad kaki, kawad senjata, pengenalan kepada senjata colt m-16,aktiviti menembak di lapang sasar, taktik serangan serta latihan hutan. Kesemua aktiviti dijalankan pada hari sabtu dan ahad atau pada cuti semester.
Pelajar akan meneruskan penglibatan mereka dalam askar wataniah sekiranya mereka berjaya dalam menjalani latihan rekrut. Pembelajaran lanjutan mengenai taktik-taktik serangan selalunya akan diteruskan pada pembelajaran yang seterusnya.
|