Latar Belakang Institut

 

 
 

Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang (ILPKBPP), merupakan salah sebuah institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) di bawah Kementerian Sumber Manusia. ILP Kepala Batas ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separuh mahir di sektor perindustrian negara khususnya di Negeri Pulau Pinang . Ia merupakan sebuah projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 yang dimulakan pembinaannya pada 23 Oktober 2002 secara ‘Design & Build'. Majlis penyerahan kunci projek ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Nawi bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia pada 13 April 2004.

 
   

 

 
 

Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas terletak 6 km dari pekan Kepala Batas. Dengan keluasan 52 ekar, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas telah memulakan operasinya pada tarikh yang sama dengan majlis penyerahan kunci projek iaitu pada 13 April 2004. Institut ini menawarkan 6 bidang kursus iaitu Sistem Komputer, Juruelektrik, Instrumen (Kawalan Digital), Elektronik Perindustrian, Telekomunikasi dan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.

 
       
  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran dan melahirkan tenaga kerja mahir negara. Selain daripada itu, sukatan pembelajaran bagi setiap kursus sentiasa dikemas kini dan dilengkapi dengan teknologi serta peralatan yang selaras dengan keperluan industri semasa. Tenaga pensyarah yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program latihan kemahiran ini adalah terdiri daripada kalangan pensyarah yang merupakan pemegang Ijazah dan Diploma Kejuruteraan yang terlatih serta berpengalaman.  
       
       
 

Copyright © 2007 ILPKBPP. All Rights Reserved. Penafian : ILP Kepala Batas adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144