Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinNya, laman web ILP Kepala Batas dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan adanya laman web, ini diharapkan ianya dapat memberi manfaat sebagai nadi penyampai maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Laman web ini dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan jabatan ini kepada masyarakat awam, menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran yant ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua golongan masyarakat.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seharusnya kita bersedia menyahut cabaran serta mempelbagaikan sumber ilmu pengetahuan dalam era global ini. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju, tenaga kerja yang mahir amat diperlukan. Untuk itu, tenaga kerja yang berpengetahuan dan berilmu adalah di perlukan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) agar tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Atas kesedaran bahawa ilmu pengetahuan dalam kemahiran sentiasa berubah dan berkembang pesat, maka para pekerja terutamanya dalam sektor industri perlu merebut peluang bagi memperoleh maklumat terkini ke arah pembangunan tenaga kerja berasaskan pengetahuan (k-workers).

Sejajar dengan penubuhan Institut Latihan Perindustrian ini, pembangunan modal insan dalam dunia industri negara akan terus berkembang, sumber manusia yang kompeten serta berkemahiran tinggi akan menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara

Seterusnya saya berharap semoga maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberikan manfaat kepada semua pengunjung.

Sekian, Selamat Melayari Laman Web Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.

 

 

Mohd Sukimi Bin Mat Salleh

 

Pengarah

Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas

Pulau Pinang

 

 
 
 
     
 

Copyright © 2007 ILPKBPP. All Rights Reserved. Penafian : ILP Kepala Batas adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-577 6100 Fax : 604-577 6144