Full Time Course

 
   

 

Pengambilan ke ILP Kepala Batas dibuat dua(2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Bulan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat melalui pembelian borang di pejabat pos terpilih (RM 7.50) dan kaunter-kaunter institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia (RM 5.00). Borang-borang yang telah diisi perlu dihantar ke Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia sebelum tarikh tutup permohonan.

 

 
   

 

Permohonan secara secara talian dapat dibuat di laman web Jabatan Tenaga Manusia ( http://www.jtm.gov.my/online ). Setiap permohonan perlu merujuk kepada iklan yang disiarkan.

 

 
   

ILP Kepala Batas juga menyediakan perkhidmatan online bagi permohonan ke ILJTM setiap semester. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Unit Pengurusan Latihan.

 

 
   

More Information

 

Untuk maklumat secara lengkap, klik di bawah ( Dokumen di bawah menggunakan Perisian Acrobat Reader, sila muat turun perisian dahulu sebelum anda dapat melayarinya);

 

 
   

 

Buku Panduan Kemasukan Program SIJIL

Buku Panduan Kemasukan Program DIPLOMA

 
   

 

 
   

 

 
 

Customised Course

 

 
   

 

ILP Kepala Batas turut menawarkan kursus separuh masa untuk orang awam dan pelajar sekolah yang berumur 15 tahun ke atas. Kursus-kursus yang ditawarkan berdasarkan kepakaran bidang-bidang kursus yang berkaitan. Program Latihan telah digubal mengikut kaedah modul dan berbentuk customize mengikut kehendak dan keperluan majikan dan pekerja. Majikan dari sektor awam dan swasta, pertubuhan dan persatuan serta individu yang berminat sila ke ILP Kepala Batas atau berhubung terus ke UNIT KAWALAN TEKNIKAL

 

 
   

 

Bagi kursus modul, pemohon boleh membuat permohonan dengan mendapatkan borang di kaunter ILP Kepala Batas atau muat turun borang melalui laman web ILP Kepala Batas. Setiap borang yang diisi perlu dihantar ke ILP Kepala Batas sebelum tarikh kursus berlangsung dan pihak ILP akan menghubungi pemohon yang berjaya. Pemohon dinasihatkan membuat permohonan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kursus berjalan.

 

 
   

 

Permohonan secara online juga boleh dibuat di laman web ILP Kepala Batas. Sila rujuk iklan sebelum membuat permohonan. Setiap permohonan perlu merujuk iklan/jadual yang dikeluarkan oleh pihak ILP Kepala Batas.

 
   

 

 

 

 
   

 

 

Borang Peserta Program OMT | Jadual Kursus Jangka Pendek ICT & Kursus 1 Malaysia 2011

Borang Maklumat Am Peserta

 
    Right-click to save PDF file  
       
       
       
       
   

 

 
       
 

Copyright © 2007 ILPKBPP. All Rights Reserved.

Best view IE 6.0 version and above with 1024 x 768 resolution