updatedpopular

 

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
 
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinnya, laman web ILP Kepala Batas dapat dikemaskini dengan sempurnanya. Selamat Datang dan ribuan terima kasih saya tujukan khas kepada pengunjung-pengunjung yang sudi dan telah pun melayari Laman Web ILP Kepala Batas. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kakitangan ILP yang mencurahkan tenaga dan kreativiti mereka dalam menghasilkan laman web ini di sebalik segala kekangan.
Hari ini, Jabatan Tenaga Manusia melalui institut latihannya seperti ILP, ADTEC dan JMTI mempelopori aktiviti-aktiviti melahirkan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran diperingkat Sijil, Diploma mahupun Diploma Lanjutan. Dengan misi dan visi institut yang menjurus kepada latihan kemahiran bertaraf dunia, adalah menjadi hasrat utama ILP Kepala Batas menjadikan Laman Web ini sebagai WADAH dan Media interaksi dalam menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat mengenai dasar-dasar dan program-program serta data terkini ILP Kepala Batas untuk disampaikan terus kepada masyarakat umumnya tidak kira apa juga bangsa dan agama untuk dimaanfaatkan bersama.
Justeru , ILP Kepala Batas sebagai jentera menghasilkan dan meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja mahir negara mengalu-alukan pengguna agar sentiasa dapat berkunjung ke laman web kami agar setiap maklumat dan informasi yang jelas dan tepat  dapat disediakan dan disebarkan kepada mereka yang memerlukan serta memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Sehubungan dengan itu,segala cadangan dan maklum balas tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan agar dapat membantu kami memantapkan lagi keberkesanan laman web khususnya dan ILP Kepala Batas amnya dalam mengejar cita-cita menjadikan ILP Kepala Batas sebagai sebuah institut latihan yang terulung didunia serta membina masyarakat yang cemerlang dalam arena 1 Malaysia.
Akhir kata, Selamat Melayari Laman Web ini dan jadilah Masyarakat Malaysia yang Berkemahiran.

Sekian, terima kasih.

" Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi "


ENCIK ZAMZURI BIN HASSAN
PENGARAH,
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KEPALA BATAS

kemaskini : 2 Disember 2021

pornos deutsches porno frei porno iphone porno kamera porno student porno