Khamis Apr 17

Teknologi Elektronik Industri

  
alt src=images/stories/infomasi/ep1.jpg

PENGENALAN

Sukatan latihan ini merupakan dokumen yang mengariskan perkara-perkara yang perlu diperolehi oleh seseorang graduan di dalam bidang kemahiran Sijil Juruteknik Elektronik Industri. Semua modul yang terkandung di dalam sukatan latihan akan dinilai berasaskan ketrampilan bagi memastikan setiap pelajar berkebolehan dan berkeupayaan.

Sukatan latihan ini dibangunkan mengikut format sukatan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan telah mengambil kira Standard Kemahiran Kebangsaan (National Occupational Standard Skills - NOSS) yang dibuat oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Pelajar-pelajar akan merancang kawalan logik (logic control) dan gabungannya, mengesan dan membaiki kerosakan dengan menggunakan voltan 'digital oscilloscope', pengiraan ulangan dan alat probe dan logik serta memeriksa dan mengawal pemacu motor elektronik dan mesin-mesin elektrik lain.

OBJEKTIF

Objektif sukatan latihan ini dibangunkan adalah untuk membantu pensyarah dalam menyediakan pembelajaran latihan kemahiran agar dapat dilakukan di semua ILJTM bagi kursus Sijil Juruteknik Elektronik Industri.

 PRA - SYARAT

Syarat kelayakan bagi kursus ini ialah calon mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia - Vokasional (SPMV).

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini ialah 2 Tahun 6 Bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 2 Tahun 6 Bulan (Semester 1 hingga Semester 4) dan perlu menjalani dalam loji (on job training) selama 3 bulan.  

PELUANG PEKERJAAN

Peluang pekerjaan yang cerah di dalam industri elektronik.