INFO KORPORAT

ADTEC JTM Kampus Kepala Batas adalah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ADTEC JTM Kampus Kepala Batas telah ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK 8) atas tanah seluas 50 ekar di Lot 2022 Kubang Menerong. ADTEC JTM Kampus Kepala Batas mempunyai kapasiti untuk menempatkan 600 orang pelajar dan mempunyai seramai 76 orang staf.
Penubuhan ADTEC JTM Kampus Kepala Batas adalah bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 serta untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Sejajar dengan matlamat tersebut, ADTEC JTM Kampus Kepala Batas memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam 4 bidang kursus iaitu Teknologi Elektrikal, Teknologi Elektronik, Teknologi Instrumen (Kawalan), Teknologi Telekomunikasi dan Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
| VISI |
| Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing. |
| MISI |
| Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. |
| OBJEKTIF |
|
